PERJALANAN HIDUP YANG MASIH PANJANG

"..meniti hari yang masih belum pasti...."
"..semua suka..duka..pahit..manis..kehidupan mesti dilalui dengan penuh ketabahan.."


sebuah nama dihati..

didalam hati ini
ada sebuah nama
yang membuatkan diriku tersenyum
namanya adalah SAYANG
yang menjadi siulan hati
nama ini ku gelarkan dengan kasih sayang
dengan penuh kecintaan
dengan penuh kerinduan
biarpun kedegilan dan keegoaan ada pada diri
namun dengan dirinya sering ku mengalah
hanya kerana aku cinta padanya
sebuah nama yang menjadi igauan
yang sering menjadi dambaan
bukan rupanya tapi kerana keikhlasan dan ketegasan dirinya
membuatkan diriku sering memujanya
kelmarin dirinya membuatkan ku tersipu malu
namun memberi kesan yang mendalam padaku
keprihatinannya menggugat hatiku
hingga ku tersenyum dalam kerinduan
dan hari ini
ku tersenyum kembali
rintihan tekanan hilang semulajadi
dan aku ingin peluk eratnya kembali
mencuri kembali hatinya yang ku tinggalkan seketika kelmarin
tunggu diriku ya sayang!
berikan diriku waktu untuk kembali dengan senyuman
takkan ku biarkan dirimu sendirian lagi
kerana aku disini sudah mula kerinduan
dan tak sedikit waktupun aku terlupa kan tentang dirimu
cuma waktu terasa cemburu denganku
hingga ku terlupa memberi perhatian padamu

No comments:

Post a Comment