PERJALANAN HIDUP YANG MASIH PANJANG

"..meniti hari yang masih belum pasti...."
"..semua suka..duka..pahit..manis..kehidupan mesti dilalui dengan penuh ketabahan.."


surat cinta kedua..

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.


Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
31 April 2006


Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin  melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk megemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit KWSP saya merasakan kembalinya semangat sayang yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia enguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang engan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan dtampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat  yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akn fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terimakasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya inikerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita inibersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan snyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang sya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan snduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sbagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalamkeluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kni. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yg lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kaliini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan olh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepatmungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapatmelaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki


Nota :

En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan Isteri bertanyakan
"Nak suruh saya tandatangan dimana?
Guna pisau boleh bang..?".

Kini anda berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia didraf ini kepada istri anda pula. Caranya, cuma tukarkan nama dan alamat pengirim dan pnerima. Kalau anda berani cubalah.... ahaks!

No comments:

Post a Comment