PERJALANAN HIDUP YANG MASIH PANJANG

"..meniti hari yang masih belum pasti...."
"..semua suka..duka..pahit..manis..kehidupan mesti dilalui dengan penuh ketabahan.."


ayat-ayat jiwang + cinta + rindu..sewaktu dengannya


Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.

Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!

Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.

Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.

Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.

Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana.

Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.

Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.

Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.

Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu ?

Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.


Koleksi Madah Cinta

Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.

Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.

Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….

Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.


Madah-madah Cinta

HANYA ada satu pelita yang dapat kita pegang dan akan sentiasa menyala biarpun ketika malam yang gelap dan tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta kepada semua yang bernyawa.

JATUH CINTA pada seseorang insan yang masih dalam proses berdukacita atas kehilangan orang tersayang, tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah kepada yang terkena tempiasnya.

APABILA pintu hati sudah terbuka, tidak perlu suasana romantis disimbah cahaya lilin atau berlutut sambil merenung jauh ke dalam mata untuk menyatakan rasa yang terpendam. Segala-galanya akan datang sendiri dan difahami daripada hati luhur untuk menerima lamaran daripada sang kekasih.

CINTA, MENYINTAI ATAU DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan.

CINTA itu adalah segugus kepercayaan yang abadi. Dan cinta sejati itu bererti melepaskan orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau milikku pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita.

SEKIRANYA kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.Jangan kamu ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

CINTA merupakan suatu perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi, bererti salah satu nikmat Tuhan telah dicabut dari hati, tandanya salah satu nilai kemanusiaan dalam diri anda mulai terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar sambil bermodalkan keikhlasan serta kejujuran yang tinggi.

ORANG yang tiada perasaan cinta adalah manusia yang hilang motivasi dalamannya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan yang amat dicintai. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan. Cinta murni sentiasa mampu pemandunya, pemiliknya melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta boleh membuatkan manusia bangun membina kehidupan yang terbaik.

ALANGKAH bodohnya manusia yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan di hari muka. Jika cinta dijelmakan dalam diri, ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang ibarat memberikan segunung emas kepadanya. Tatkala dijelmakan dalam rumahtangga, jawapannya adalah kerukunan dan kesefahaman yang berpanjangan. Cinta yang murni adalah pemangkin untuk kehidupan yang penuh kebahagiaan. Sebagaimana ia bermula di hati, cinta seharusnya berkekalan hingga hujung nyawa.

CINTA yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda cari-cari.

Madah Cinta Pilihan

Jika ada sepuluh orang yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah pasti salah seorang daripada mereka adalah aku. Jika hanya seorang saja yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah tentulah orang itu adalah aku. Dan jika tiada sesiapa lagi yang mahu mengambil berat terhadapmu lagi, maka itu bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini.

Cinta adalah api. Namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangat atau menghangus hati kita.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah hingga cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

Melafazkan cinta dan janji setia itu mudah. Mengotakan cinta dan janji setia itu susah. Cinta dan janji setia yang hancur buat insan parah.

Masa depan yang cerah selalu bergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang. Tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Yang pertama belum tentu yang terbaik, yang terbaik biasanya yang terakhir. Tetapi yang sukar dilupakan adalah yang pertama, sedangkan yang terakhir masih menjadi tanda-tanya.

Mencintai juga bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan, bukanlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti, bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasa, bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu bertahan.


Kata-Kata Cinta

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah.

ku tetap menanti...

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu
Berjuta pilihan disisiku
Takkan bisa mengantikanmu

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu menjadi yang terbaik
Dan masih menjadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu jadi yang terbaik
Dan masih jadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Penantian panjang

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Cintaku padamu..
Ku tetap menanti

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu
"lagu yang terbaik aku dengar..ada kene mengena dengan aku...cukup mendalam maknanya...." tetiba aku rasa sebal di hati..entah la..bila aku teringatkan nya aku rasa sedih sesangat..aku tak pasti penghujung percintaan ni..sekejap aku rasa bahagia..sekejap aku rasa terluka..banyak dugaan dan halangan yang muncul..dah nak masuk 3 tahun aku kapel dengan dia..hanya bercinta dalam diam..pedih perit semua aku rasa..perasaan sering kali bertukar-tukar seperti mengikut musim... 
"Ya ALLAH..berilah aku kekuatan dalam hidup ini..seandainya telah Engkau catat kan dia untuk ku..Kau berikanlah jalan penyudahnya...aku dah tak sanggup untuk hidup begini lagi..tersiksa jiwa batin ku...berikan lah kami kebahagian yang kami ingin kan selama ini..."


11-11-11


terlewat update pasal entry kali nie..bukan pe semalam buzy sesangat...tapi bila2 pun leh update ka..ha3...back to the title..wow...nice date in the nice day..tahun nie 11 November 2011 jatuh pada hari jumaat..hari segala penghulu hari...Alhamdullilah semoga ada sinar kebahagian yang menanti kita..walaupun perit, itu adalah ujian kecil..walaupun sakit..itu adalah dugaan yang membimbing kita menjadi insan yang lebih matang dari orang lain...

11/11/11....tarikh yang dinanti-nantikan oleh semua orang..bukan apa semua orang nak abadikan kenangan yang terindah pada tarikh nie..ramailah yang wat majlis kenduri kendara (kahwin..tunang...)..da yang declare jadi pasangan kekasih..macam lagi la..kira bertuah la bagi sapa2 yang abadikan segala kenangan terindah pada tarikh nie kan...anyway..tahniah kepada semua yang mengabadikan tarikh 11/11/11 sebagai tarikh yang bersejarah dalam hidup mereka...

bagi aku...tarikh nie aku kejar jugak..biasa la..plan kena pasang awai2 kan...klu bukan 11/11/11 aku plan tarikh 20/11/2011...tahun lepas aku impikan tarikh 11/11/11 adalah hari bahagia aku..tapi keadaan masih tak mengizinkan..halangan masih banyak..biasa lah..percintaan aku nie lain dari yang lain..so kesabaran tu amat penting...mugkin tahun depan segala impian aku terlaksana boleh aku abadikan pada tarikh 12/12/12...doa je la segalanya masih terus bersama..penantian harus ada kesabaran...Ya Allah berikanlah kekuatan dalam hati kami...permudahkan lah segala urusan kami..


Panduan Menambat Hati Suami

Keharmonian dan kebahagiaan hidup berumahtangga merupakan impian dan harapan setiap pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Berikut adalah panduan khusus buat isteri untuk menambat hati suami :


1.      Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

2.     Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

3.     Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

4.      Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

5.      Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

6.     Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

7.     Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian untuk berfikir.

8.     Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.

9.     Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

10.  Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang memerlukan bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh sesukahati dan isteri haruslah menggunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut ataupun dengan nada memujuk.

11.  Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau "Abang nak minum ke?"

12.  Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

13.  Sentiasa bersegera apabila bersiap dan jangan tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai yang mana akan melengahkan masa.

14.  Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)

15. Belikan hadiah-hadiah yang praktikal dari semasa ke semasa. Contohnya, tali leher, kemeja, tali pinggang, dompet, jam tangan dan seumpamanya.

16. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Contohnya, pergi "dating" atau "berbulan madu" sekali sekala ketika menyambut hari ulang tahun perkahwinan ataupun hari lahir dan sebagainya.

17. Jika suami melakukan kesalahan/kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ". Berkasar dengan suami adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam. Berbincanglah dan selesaikan dengan cara yang betul.

18.  Hantar kad ucapan selamat pada hari-hari istimewa.

19.  Urut mengurut suami dari semasa ke semasa.

20.  Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.

21. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

22. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari (jika suami dalam mood yang sesuai). Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

23.  Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

24. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

25. Beri pujian terhadap penampilan suami (rambut, wajah, pakaian, dan sebagainya)

26. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

27.  Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

28. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung).

29. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen (sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).

30.  Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

31.  Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

32.  Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dengan orang lain.

33.  Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

34.  Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu (walaupun ada jalan yang lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik).

35. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

36.  Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

37.  Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

38.  Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.

39.  Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yang disukai suami.

bertuah si dia (1-11-11)

maybe aku dah terlambat untuk tulis pasal tarikh 1-11-11 nie..tapi aku tak kisah janji aku leh post jugak..

1/11/1977 kuang..kuang..kuang..hehehe..suara seorang bayi lelaki baru dilahirkan...anak bongsu dalam keluarga..kegembiraan di kongsi bersama...sungguh comey baby nie..(teka2 je..aku pun belum dihasilkan lagi..)

berbalik pada tahun 2011..1/11/11 merupakan tarikh penting dalam hidup sidia..pape hal aku nyanyi la sikit untuk dia...
1..2...3... ♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪HappyBirthdayto You♪♫•*¨*•.¸¸ ¸¸.•*¨*•♫♪ HappyBirthday toYou♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday Abang♪♫•*¨*•.¸¸ HappyBirthday¸¸.•*¨*•♫♪... HappyBirthday to Youuuu….!♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪.•*¨*•♫♪♪♫ •*¨*•.¸¸......♥♥(-̮̮̃•̃)

may Allah swt bless u..may u success in wut eva u do..n may u achieve wut... u aim..Insya'Allah... (●̮̮̃•̃)

sungguh cantik tarikhnya kan..bertuah si dia tahun nie tarikh birthday dia semuanya satu..satu..satu...jelaous jugak la aku sebab aku punya tarikh tak kan sama macam tu..huhuhu...tapi sekejap je kan dah masuk bulan NOVEMBER..tinggal lagi sebulan dan berakhirlah tahun 2011 dan menjelma la pulak tahun 2012...hubungan kami pun dah nak masuk tahun ke-3..harap-harap tahun ke-3 nie tahun yang penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan..lama sudah aku menanti semua nie menjadi kenyataan...

seperti tahun lepas aku masih belum da peluang untuk celebrate bday dia bersama..insyaAllah tahun ni aku akan celebrate jugak..cuma lambat la cikit..maklum je la..duk jauh camni..kalau duk dekat kui12 aku dah ajak dia kuar celebrate dah..maaf ea syunk..tahun depan INSYAALAH yunk leh buat apa yang yunk plan...