PERJALANAN HIDUP YANG MASIH PANJANG

"..meniti hari yang masih belum pasti...."
"..semua suka..duka..pahit..manis..kehidupan mesti dilalui dengan penuh ketabahan.."


pergi buat selamanya...

 
 
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

tanggal 7 Feb 2012, lebih kurang pukul 4.00 ptg..aku menerima paggilan dari my Mom.."mek xdop doh.."ergh..aku ketika tu baru saja melelapkan mata kerna keletihan drive dari penang ke shah alam..sungguh tak ku sangka..baru 2 ari lepas aku berada disisinya akhirnya nenek aku pergi buat selamanya..AL-FATIHAH buat arwah..
dek kerana terlalu letih dan badan lemah aku tak terdaya untuk memandu lagi untuk pulang ke Kelantan..biarlah aku kirimkan surah yassin untuk arwah..bukan aku tak mahu pulang tapi aku takut keadaan jadi sebaliknya memandangkan badan aku yang terlalu letih dan tak cukup tido..aku sikit pun tak menyesal kiranya tak mengiringi arwah ke tanah perkuburan kerna disaat-saat akhir arwah aku masih berada disisi nya..cuma aku terlalu cepat untuk pulang ke ibu kota..biarpun aku tak begitu rapat namun segala kenangan ketika aku kecil bersamanya masih segar dalam ingatan..ohhh..pergilah sudah nenek ku yang terakhir..ea..selepas ini aku dah tiada nenek..mungkin lepas ini jarang la aku pulang ke kampung sebelah kelantan..

07 FEB 2012 pergilah seorang insan yang aku memanggil NENEK buat selamanya..

No comments:

Post a Comment