PERJALANAN HIDUP YANG MASIH PANJANG

"..meniti hari yang masih belum pasti...."
"..semua suka..duka..pahit..manis..kehidupan mesti dilalui dengan penuh ketabahan.."


saat aku merinduimu...

Saat kesedihan mengisi hari-harimu.. saat airmata menitis di pipimu,,
beri tahu aku..
karna saat itu aku ingin berada dekat denganmu,,
karna aku ingin menjadi seseorang yang bererti buatmu..

29 Jun 2011, 3.12pm...

"....saat ini hati aku terlalu rindukan DIA..bila aku rindukan DIA aku akan tatap gambar DIA..gambar DIA bersama aku..tetiba handphone aku berbunyi...(sungguh aku kenal dengan pemanggilnya kerna aku sudah setting lagu untuk pemanggil nie..)

"....lagu RELA nyanyian stacy bergema..."Demi cinta yang menyala..Kurela menggenggam bara api..Demi kasih yang mengharum....Sungguh aku rela..."
saat itu juga terpapar gambar DIA di skrin handphone aku..sungguh gembira hati ini...

"....saat ini aku terfikir...adakah DIA juga merindui aku disaat aku merinduinya??sekian lama menyepi DIA muncul lagi..oh..gembira tak terkira hati ini kerna dapat mendengar suara yang aku rindui..suara yang boleh buat aku mengeletar (macam kena parkison) seluruh badan..disaat aku bercakap dengannya..hati ini tak henti2 berdenyut..berdebar-debar rasa..seram sejuk badan nie...OH..kenapa aku harus ada perasan ini tika aku bercakap dan tika aku berdepan dengan DIA..tika aku bertentang mata dengan DIA..???

"....kata orang dulu-dulu..kalau kita ada rasa seperti tu..maknanya dia la jodoh kita..tapi aku terfikir betul ka semua tu..kalau betul aku bersyukur pada-MU YA ALLAH kerana KAU telah makbulkan doa aku selama ini untuk memiliki DIA..debaran di dada masih berbaki sehingga aku terlena dimalamnya..mengapa begitu lama perasaan itu hadir dalam diri aku??YA ALLAH berikanlah pertunjuk kepada hamba mu ini..agar segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang dugaan dan ujian dari MU...


"....terima kasih ku ucapkan kepada mu kerna disaat-saat aku amat merindui dirimu..kau hadir walaupun cuma suara mu yang ku dengar sudah cukup untuk mengurangkan perasaan rindu yang terbuku dihati aku..aku harap kau seperti aku..tak jemu merindui mu setiap saat...ku tetap menanti kau hadir untuk mencapai segala impian kita...

DIAMKAN DIRI BOLEH SOLVE PROBLEM KE???

"....minggu nie nak kata busy tu tak juga..tapi aku takde mood nak update blog nie..bukan takde benda nak luah tapi aku tak sanggup nak luahkan sebab aku takut airmata nie terus mengalir..mana taknya..sebaris ayat pun dah teresak-esak..susah nak aku teruskan coretan yang terbuku dihati aku nie..kenapalah airmata nie terlalu senang menitis kerna DIA??????

ada apa dengan menyepi???

"...seminggu juga la aku sepi tak berteman..menanti orang yang belum pasti..kosong hidup ini tanpa DIA..fikiran nie asyik teringat kat DIA ja..susah la..macam mana kalau ditakdirkan hubungan nie sampai disini saja..tak dapat aku bayangkan...sekarang pun sudah longlai kaki aku nak melangkah belum lagi keputusan dibuat..tak dapat aku bayangkan keadaan aku lepas nie..semangat ni dah tak kuat macam dulu lagi..Ya ALLAH kenapa semua nie terjadi pada aku..disaat aku ingin memiliki DIA..sukar untuk aku tempuh dugaan nie..adakah DIA dapat rasa apa yang aku rasa...maafkan aku sekiranya aku terlalu mendesakmu untuk memahami perasaan aku ketika ini..bukan aku tak mengerti perasaan mu..masalah mu disaat ini..tapi aku tak terdaya untuk hidup tanpa mu..cukup lah sekali kau mendiamkan diri dahulu..tak sanggup untuk aku lalui lagi saat-saat seperti nie..

"...satu malam sebelum aku tido,aku terpikir..kalau diam diri boleh solve ka problem kami nie..???aku rasa tak kan settle masalah nie..diam diri hanya boleh buat keadaan panas jadi sejuk je..jika berdiam diri boleh tenangkan fikiran dia,adakah fikiran aku tenang macam dia???bukan aku nak pikir negatif..bukan aku tak pikir positif..tapi adat lah..bila orang yang kita sayang mendiamkan diri, mesti kita dah pikir bukan2..soalan yang lazim bermain2 di benak nie..sapa aku di hati dia???dia jujur ka dengan aku??sayang ka dia dekat aku??tak kan dia dah lupa aku kot??aku da buat salah ka???ahhh..macam2 la yang jadi tanda tanya..tapi sampai bila nak duk lagu nie..nanti bila bersuara lagi pasal ni mesti panas balik..mana jalan penyudahnya???susah btol nak hadapi masalah nie..

"....satu pagi lepas aku settle semua keja aku kat ofiz aku cari2 la dalam intenet cara nak solve masalah aku nie..dapat sorang ustaz nie..aku pun tak kenai sangat..just baca artikel dalam website dia..dia ada cerita kes sama cam aku nie..mula2 aku nak cite gak kat ustaz ni and mintak pendapat ustaz ni..ea la ustaz ni kan mesti arif pasal2 masalah2 camni..mana taw leh bagi jalan untuk aku ka...tiba2 aku da baca masalah dari sorang pompuan nie sama macam kes aku..so aku baca la commnet ustaz ni pasal kes tersebut..mungkin aku boleh suggest dekat DIA untuk buat lagu nie..tapi masalahnya,,aku takdak ruang untuk kongsi benda nie..dia pun dah diamkan diri..aku memang msg dia tapi dah taknak reply nak wat camna..aku kena paham la..

"...kalau boleh aku nak gak cite cara yang ustaz tu bagi..tapi boleh ka dia buat cam2..sanggup ka dia nak g cerita dekat orang yang arif tentang nie..mungkin susah la jugak..tapi tak cuba tak taw lagi kn...aku harap sangat2 aku boleh hidup dengan dia..aku tak sanggup la nak kehilangan dia..aku sayang sangat2 dekat dia..
 

Ku ingin Kamu...!!!

tiba2 ja aku teringat kat dia..padahal memang aku x pnah lupa pun kat dia..dia selalu ada kat ruang mata aku nie..tapi rini len macam ja aku teringat kat dia..rasa rindu sangat2..nak wat kerja pun jadi tak tentu hala..macam gila bayang ja aku rasa..dah la hari2 aku duk tengok motor ninja..lagi la ingatan aku kuat dekat dia..awat jadi lagu ni nih...yang herannya..airmata ni cepat ja turun bila teringat kat dia..chemistry kami kuat ka???dia dah ditentukan untuk aku ka??dia ka bakal peneman hidup aku???mcm2 soalan timbul..tp hakikatnya perjalanan kami masih belum selesai..banyak nak kena tempuh..kalau la dpat restu dr belah dia mesti tak jadi lagu nie..payah nya hidup nie..


demi semua yang aku jalani bersamamu
kuingin kau jadi milikku
kuingin kau disampingku

tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
dan hanya dirimu yang bisa
membawa surga dalam hatiku

kuingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia disini
menemani…

sentuhanmu
bagaikan tangan sang dewi cinta
yang berhiaskan bunga asmara
dan membuatku tak kuasa

di setiap arung gerak
tersimpan di hati kecilku
bahwa dirimu terindah untukku

selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernafas
selama Tuhan masih mengizinkan
kuingin selalu menjagamu

selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernafas
sweet memory with him
5 Bicara Romantis dari KU kepada Mu:

1: Takdir ILAHI  telah menetukan bersama..semoga ikatan yang dibina kekal untuk selamanya dengan restu    dari-NYA.
2: Kau adalah harta yang paling bermakna dalam hidupku..Kehadiranmu membuat diriku menjadi lengkap dan aku berharap agar kasih sayang kita berpanjangan..
3: Kejujuran, keikhlasan, kesabaran adalah kunci ikatan kita berkenalan..
4: Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat
5: Janji di ikat, kasih dipadu, kau milikku..semoga cinta ini bersemi.



Maafkan AKU mencintai Kekasihmu...


"...firstly AKU mohon seribu,sejuta kemaafan dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada KAMU kerna menyintai kekasihmu..bukan niat AKU untuk merampas DIA dari KAMU..bukan salah AKU kerna telah jatuh hati pada kekasihmu..kerna sebelum semua ini terjadi AKU sudah tahu segalanya tentang DIA dan juga tentang KAMU..bukan juga niatku untuk meruntuhkan masjid yang telah KAMU bina bersama DIA selama nie..

"...maafkanlah AKU kerna menjalinkan hubungan dengan kekasihmu dalam diam..maafkanlah AKU kerna bertemu dengan DIA tanpa pengetahuanmu..maafkanlah kesalahan kami kerna semua yang terjadi adalah ketentuan dan takdir dari YANG MAHA BERKUASA..AKU tahu DIA telah menceritakan segalanya tentang niatnya untuk memiliki AKU..

"...AKU hanyalah manusia biasa yang tidak dapat melawan takdir dari YANG MAHA ESA bukan AKU tak mencuba tapi perasaan kasih dan sayang AKU pada DIA terlalu kuat..begitu juga dengan DIA..kasih sayang kami cukup jauh..cukup kuat..kukuh sekukuhnya..maafkanlah kesalahan kami berdua..AKU menerima DIA bukan kerna keadaan KAMU dan DIA tapi AKU menerimanya dengan seikhlas hati dan sanggup menerima DIA seadanya..bukan niatku untuk mengambil kesempatan diatas alasannya yang kukuh untuk menduakan KAMU...

"...untuk pengetahuan KAMU,perhubungan KAMI berdua terlalu jauh dan sudah lama terjalin di dalam diam..sudahpun mendapat restu dari keluarga AKU..hanya menanti keputusan dari KAMU sahaja..KAMU janganlah risau kerna keluarga AKU melayannya dengan baik dan menganggapnya sebahagian dari keluarga AKU..kira dah macam satu keluarga..disebabkan itulah AKU semakin sayang pada DIA..tak sanggup untuk AKU berpisah dengan DIA...memang AKU akui yang AKU tak sanggup untuk kehilangan DIA dalam hidup AKU..AKU juga ingin membina masjid yang indah bersamanya..semua perancangan itu telah kami rancangkan sejak AKU mengenali DIA..maafkan kami..

dia dihatiku selamanya

"...memang perkataan maaf mudah diucap tapi untuk memaafkannya terlalu susah,terlalu payah..AKU juga faham perasaan KAMU disaat ini,susah untuk KAMU membuat keputusan ..memang susah..namun apakan dayaku untuk melupakan segalanya tentang AKU dan DIA..terlalu banyak kenangan yang kami ciptakan bersama..tak sanggup untuk AKU kehilangannya...hanya AKU berharap agar pintu hatimu terbuka untuk menerima diriku ini sebagai saudara baru mu..hanya itu harapan AKU padamu..setiap hari AKU berdoa agar dibuka ruang untuk kita bersatu dibawah satu bumbung..

napa jadi camnie?????

miz u la......

Datang dan pergi seperti angin
tak beraturan dan arah
merasakan cinta dalam kehidupan
kadang ku bahagia kadang ku bersedih

"........seminggu sudah aku tak dapat pape berita pasal dia..setiap kali aku msg, dia tak reply..hati nie terlalu mengharapkan yang dia kan reply tapi kecewanya rasa..aku tetap setia menunggu..awat la dia tak reply..aku da wat salah ka??jangan la wat aku camni..dah la kita nie dah semakin jauh..harapan semakin tipis nak capai impian..tak kan dia nak lupa aku dah kot???aku tak sanggup la...tolong la...aku tak nak berpisah dengan hang..aku sayang sangat2 dekat hang..jangan la tinggal aku camni ja...hati aku nie rindu sangat2 dah...aku nak jumpa dengan hang tapi keadaan hang tak mengizinkan..sedih la...

Malam ini, ku sendiri, tak ada yang, menemani, seperti malam-malam, yang sudah, sudah Hati ini, selalu sepi, tak ada yang, menghiasi, seperti cinta ini, yang s’lalu, pupus..Tuhan kirimkanlah aku, kekasih yang, baik hati, yang mencintai aku, apa adanya Mawar ini, semakin layu, tak ada yang, memiliki, seperti, aku ini, semakin, pupus

"........hang taw tak..lani hari-hari yang aku lalu dah rasa sepi dah..dah tak ceria macam dulu..entah la..bila aku pikiq yang kita nie macam dah takde harapan nak bersatu macam kita plan aku jadi tak semangat dah..sebab nie kali kedua aku jadi camni..nampaknya pisang berbuah dua kali lah...aku ingat aku leh bahagia dengan hang tapi tak kesampaian gak..sedih sangat-sangat..padahal papa,ma ,family aku semua dah taw rancangan nie..tapi takdak kesudahan gak...awat la nasib aku camni...tak penah nak rasa bahagia tuk selamanya...

Bagaimana mestinya Membuatmu jatuh hati kepadaku Tlah kutulis kan sejuta puisi Meyakinkanmu membalas cintaku Haruskah ku mati karena mu Terkubur dalam kesedihan sepanjang waktu Haruskah kurelakan hidupku Hanya demi cinta yg mungkin bisa membunuh ku Hentikan denyut nadi jantung ku Tanpa kau tahu betapa suci hatiku Untuk memiliki mu Adakah keikhasan Dalam palung jiwamu mengetukku

".....kalu hang dapat rasa bertapa aku sayang dan cinta dekat hang..mesti hang rasa bangga sebab da orang sayang dekat hang sangat2..tapi hang kira bertuah sebab da 2 insan yang sayang dekat hang tapi tak taw la kot2 da yang len lagi..dekat hati aku nie hang je bertakhta walaupun aku taw hang dah ada DIA..memang susah DIA nak lepaskan hang untuk aku...aku pun tak taw la..napa aku terlalu cinta dekat hang..hati aku nie sayang gila2 kat hang..semua tu lahir dari hati aku..aku tak tipu..sebab tu aku sanggup untuk kongsi kasih sayang hang dengan DIA..lepas nie kalu apa2 jadi dekat kita..aku dah tawar hati dah nak sayang orang len..aku nak hidup sorang2 aku ja..biaq la pa orang nak kata pun..janji hati aku ada hang ja..

Insan yg ku sayangi...
satu dlm sejuta...
bukan utk sementara,
tapi utk selamanya...
bukan utk dibenci,
tapi utk disayangi...
bukan utk dilupai,
tetapi diingati...
bukan hanya diluar,
tetapi juga didlm hati...
bukan setakat ini,
tetapi hingga
akhir hidup

".......hang orang terakhir yang hadir dalam hidup aku..takdak sapa dah pas nie..sebab aku sayang dan cinta hang sungguh..hang jangan la lupa dekat aku..aku perlu kan hang buat selamanya..aku tak snaggup la nak kehilangan hang..setiap kenangan kita aku kan ingat tapi aku tak taw la hang ingat ka dak...nanti kalu aku da masa aku kan pergi semua tempat yang penah kita pergi dulu..tapi aku kan pergi sorang2..aku kan ingat balik pa yang kita penah buat..sedih la...sebaknya rasa bila teringat dekat hang...huhuhuhuuh...perih aku rasa bila aku hampir nak kehilangan hang...hang taw tak aku ni sayang sangat2 kat hang...aku nak hidup dengan hang...masih da harapan lagi ka????plz...nak2...

Seandainya Lelaki Tahu..


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
 
Andainya lelaki tahu.
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
 
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

 Andai lelaki tahu..
 Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
 bukan bermakna dia tidak sayang..
 tetapi dia terlalu sayangkan anda
 dan masih menganggap anda anak kecil
 yang masih memerlukan sepenuh perhatian.


Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
 
 Andai lelaki tahu..
 Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
 dia benar-benar maksudkannya.
 Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
 
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
"Tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
 Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
 Apabila dia kembali tenang,
 percayalah dia akan mencari anda semula.
 Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
 
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.
"the ones that love us, never leave us"

mengulit kenangan..miz u dear..

dah brapa hari aku x update blog aku nie..asa rindu plak..ea la..blog nie ja la peneman aku sekarang nie..tempat aku meluah segala perasaan aku..

aku rindu padamu wahai kekasih pujaan hatiku..
"...semalam ujan turun lebat sangat..aku lak takleh nak tidoq..aduih..kalau ikut rasa memang lena la tidoq dengan suasana sejuk cam2..tapi nasib badan la...pusing kanan pusing kiri takleh tutup mata gak..tiba2 bayangan DIA datang..oh..bertapa aku merindui DIA rindu serindu rindunya..hanya tuhan saja yang tahu bertapa aku merindui DIA...semakin lama makin kuat bayangan DIA..semua yang pernah aku lalui bersama dia muncul satu persatu diruang mata aku...ea..memang cukup indah..rasa macam baru semalam semua tu terjadi..bila la aku akan merasai saat saat yang indah tu kembali...hati aku mula sayu..sebak di dada dah tak boleh tahan..akhirnya aku menitiskan airmata ini..airmata kerinduan..makin lama makin laju..semakin kuat ingatan aku pada DIA..semakin aku rindu pada DIA..aku mula menatap setiap gambar DIA dan aku..memang best sangat sewaktu perkenalan kami..banyak kenangan terindah..aku tak penah lupa satu pun..terima kasih kerana menciptakan segalanya..tapi sekarang tiada lagi kenangan diantara kita..mungkin segalanya akan musnah..kenapa terlalu cepat semua nie terjadi..aku masih belum puas untuk bersama MU..sama2 mencipta kenangan terindah..aku impikan kita bersatu..bersatu di atas mahligai yang indah tapi semua nya tak kan jadi kenyataan..yang ku rasa kini hanya lah kesedihan..kedukaan..diatas segalanya..aku tak mampu untuk berhadapan dengan semua ini..terlalu lemah diri ni..kerna aku masih memerlukan KAMU..aku tak rela berpisah dengan mu..mengertilah wahai pujaan hatiku..aku terlalu cinta padamu..teramat merinduimu..

DIA...AKU..KAMU...


"...cerita yang penuh dengan pengharapan untuk memiliki KAMU..satu penyelesaian yang perlu dibuat oleh KAMU seadil-adilnya diantara DIA dan AKU tanpa menyakiti hati mana2 pihak..konflik perasaan yang hebat diantara DIA..AKU..dan KAMU..."

DIA
.......................................................
Inikah dugaan yang ku terima
Menyintai mu sepenuh jiwa
Untuk bersama mu
Kesabaran membakar fikiran
Rinduku embunan di lautan
Cintamu debunga berterbangan
Tak pernah mempeduli kasih sayang
Yang aku korbankan
..............................................................

"...DIA seorang insan yang tabah dalam mengharungi kehidupannya..walaupun ada kekurangan diantara DIA dan KAMU...DIA dan KAMU tetap setia menunggu..DIA cukup baik..mentaati perinta KAMU..menghormati orang tua,bak kata pepatah segalanya ada pada DIA...tapi AKU hanya menilai DIA dari sudut fizikal saja kerna AKU masih belum berpeluang untuk bersua dan bercakap dengan DIA..
............................................................
Engkau dan Aku
Tidak mahu
Orang ketiga menghancurkan
Kerana cinta telah lama disatukan
.....................................................................
(lirik dari sebuah lagu)..bagi DIA cukup mendalam maksudnya..dimana DIA tak sanggup untuk memberi KAMU kepada AKU..mungkin kerana peristiwa dahulu membuat DIA susah untuk melepaskan KAMU kepada AKU..
................................................................................
Wanita manakah sanggup berkongsikan kasih
Walau madu bagiku tapi hempedu bagimu
Terkadang harus terima suratan darinya
Tidak salah kalau kasih dibahagi seadilnya
..........................................................................
(serangkap lagu) nie sudah mengambarkan perasaan DIA jika KAMU memiliki AKU..bagi KAMU ia mengikut sunnah nabi..dan KAMU sudah dapt memberi keadilan diantara DIA dan AKU..tapi sanggupkah DIA untuk mengizinkannya???sanggupkah DIA untuk hidup bersaudara dengan AKU..mahukah DIA mengejar dan duduk dibawah "Payung Emas" di syurga nanti?????relakah DIA memenuhi kehendak KAMU demi sebuah keluarga yang KAMU impikan???memang cukup pahit untuk DIA telan segalanya...sekiranya DIA merelakan kasihsayang KAMU untuk dikongsi dengan AKU...

AKU
..........................................................................
 Betapa ku cinta pada mu
Katakanlah kau cinta padaku
Sematkanlah ku di hati mu
Walau di mana berada
Ingat ku dalam doa mu

Gemerlapkan jiwa
Semikanlah cinta
Semoga kau dan aku
Akhirnya bersama
Akukan menunggu
Walaupun seribu tahun lagi
..................................................................
"...AKU hanyalah insan biasa yang tak mampu melawan takdir dariNYA untuk aku jatuh cinta pada KAMU...hadir KAMU telah merubah segalanya..perasaan sayang AKU pada KAMU cukup dalam walaupun AKU tahu KAMU sudah ada DIA...semakin hari semakin bertambah kasih sayang AKU pada KAMU..semakin kuat sehingga AKU tak sanggup untuk kehilangan KAMU..apa yang AKU tahu AKU amat menyayangi diri KAMU..AKU sanggup menanti KAMU sehingga KAMU menjadi milik AKU..begitu agongnya cinta AKU pada KAMU..
......................................................................
Demi cinta yang menyala
Kurela menggenggam bara api
Demi kasih yang mengharum
Sungguh aku rela
.............................................................
(serangkap lagu) ini memberi semangat untuk AKU memiliki KAMU..AKU sanggup berkorban dan berkongsi kasihsayang KAMU dengan DIA..KAMU dan AKU mula merancang untuk hidup bersama buat selamanya..tapi mampukah KAMU untuk menunaikan segala impian AKU selama ini agar menjadi kenyataan????mampukah DIA menerima AKU sebagai saudaranya???bagi AKU,AKU sudah bersedia untuk menghadapi semua ini demi cinta AKU pada KAMU..AKU rela menerima segalanya..asalkan AKU dapat hidup bersama KAMU...
.....................................................................................
puaskanlah hatimu agar dapat bertapak
hati kecilku ini diruang hatimu
seluruh jiwaku kan kuserahkan
hanya padamu sorang pujaan hati nan manja
dikau yang kuidamkan kerana ku menyanyangi
sepenuh jiwa ini

berikanlah harapan agar cita tercapai
dapat juga berlabuh pelabuhan kasih
seluruh jiwamu jadi milikku
hanya dirimu sorang beradu dalam impian
setiap ruang mimpiku kan kupertahankannya
walaupun amat payah

..............................................................................
izinkanlah AKU hadir dalam hidup KAMU..AKU berharap agar KAMU memberi peluang untuk AKU menumpang kasih dengan KAMU..memberi peluang untuk AKU mencurahkan rasa sayang dan rindu AKU pada KAMU..berikan lah AKU ruang untuk mengecapi kebahagian yang AKU impikan bersama KAMU...jangalah KAMU musnahkan segala impian yang penah kita impikan..harapan AKU untuk bersama KAMU terlalu tinggi..yang pasti hanya KAMU sorang saja yang bertaktah dihati AKU...
.....................................................................
Kasihku... usah dikau pergi
Kau tinggalkan diriku sendiri
Ke mana harusku cari ganti
Senyuman yang semanismu
....................................................................
AKU masih perlukan KAMU disaat ini..janganlah KAMU pergi meninggalkan AKU keseorangan kerna AKU tak sanggup untuk hadapinya..AKU tak sanggup untuk kehilangan KAMU..seluruh alam AKU akan gelap jika KAMU pergi dalam hidup AKU..begitu sukar hidup AKU...

KAMU
..........................................................
Dikamar ku menyepi
Hanya lilin menerangi
Beginikah seksanya
Hidup dalam penantian
Ditabir tirai malam
Ada insan kesepian, keseorangan...
................................................................
"....hidup KAMU penuh dengan dugaan dan cabaran..penantian KAMU terlalu menyiksakan..hari-hari yang KAMU lalui terlalu sunyi dan penuh kebosanan tanpa peneman yang boleh menghiburkan hati KAMU..tanpa hilau tawa..tanpa suara anak2 kecik..gembirakah KAMU dengan hidup KAMU selama ini???ya..sudah tentu KAMU tak gembira sehingga KAMU mencari AKU dengan harapan hidup KAMU akan gembira nanti..
......................................................
Seumur hidup aku
Ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk
Oleh dua wanita
Punyai ciri selama ini ku cari
Berbeza wajah ayunya tetap asli

Kalau ku pilih di sini
Apa kata di sana
Kalau ku pilih di sana
Di sini akan terluka
Perlukah aku pilih keduanya
Bahagi kasih adil-adilnya
....................................................................
"..lirik lagu inilah yang mengambarkan perasaan KAMU disaat ini..AKU tahu KAMU dalam delema..KAMU tak tahu macam mana nak mulakan segalanya...agar diantara DIA dan AKU tidak akan terluka...KAMU bukan sengaja untuk mendekati dan memilih AKU..bukan jugak untuk menyakiti hati DIA...tapi KAMU ada alasan yang kukuh untuk memilih AKU..dan DIA harus memahaminya..semua nie bukan untuk kepentingan KAMU tapi untuk KITA bersama...
................................................................
Puas aku mencuba menepis semua dugaan
Malah ada yang anggap aku lupa daratan
Peritnya aku lalui kemelut yang panjang
Hingga ke saat ini ku tidak ketentuan

Wanita manakah sanggup berkongsikan kasih
Walau madu bagiku tapi hempedu bagimu
Terkadang harus terima suratan drnya
Tidak salah kalau kasih dibahagi seadilnya

Telah, kufikir sedalamnya
Untuk membuat keputusan harus aku berterus terang
Jujur dalam perbuatan
Dan, jatuh airmataku
Mendengar pengakuan ikhlasmu
Sanggup bersaudarakan dia walau hakikatnmya
Hatimu terluka

Moga suatu hari sembuhlah luka
Dan kembali ceria walau hati aku ini
Milik engkau dan dia
...................................................................................
"...lagu nie memang kena dengan KAMU..beginilah keadaan KAMU dissat ini...alangkah baiknya jika DIA dapat mengerti perasaan KAMU disaat ini..pasti KAMU boleh hidup bahagian bersama DIA dan AKU..tapi mengapa sukar untuk DIA memahami perasaan KAMU???sudah bersediakah KAMU untuk memulakan segala perancangan yang telah AKU dan KAMU rancang..tercapaikah segala impian tu???ya..KAMU harus berani untuk meluahkan segalanya pada DIA..itupun jika KAMU benar2 memerlukan dan sayang pada AKU...
......................................................................
Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu
..........................................................................
".....jika DIA memberi peluang kepada KAMU untuk memiliki AKU pasti KAMU akan merasa bahagia dan tidak sabar untuk menanti saat itu datang pada KAMU..adakah KAMU mengharapkan untuk hidup bersama AKU nanti..???seperti mana AKU mengharapkan KAMU untuk hadir dalam hidup AKU dan membina satu keluarga yang bahagia bersama DIA..AKU..KAMU..