PERJALANAN HIDUP YANG MASIH PANJANG

"..meniti hari yang masih belum pasti...."
"..semua suka..duka..pahit..manis..kehidupan mesti dilalui dengan penuh ketabahan.."


DIA...AKU..KAMU...


"...cerita yang penuh dengan pengharapan untuk memiliki KAMU..satu penyelesaian yang perlu dibuat oleh KAMU seadil-adilnya diantara DIA dan AKU tanpa menyakiti hati mana2 pihak..konflik perasaan yang hebat diantara DIA..AKU..dan KAMU..."

DIA
.......................................................
Inikah dugaan yang ku terima
Menyintai mu sepenuh jiwa
Untuk bersama mu
Kesabaran membakar fikiran
Rinduku embunan di lautan
Cintamu debunga berterbangan
Tak pernah mempeduli kasih sayang
Yang aku korbankan
..............................................................

"...DIA seorang insan yang tabah dalam mengharungi kehidupannya..walaupun ada kekurangan diantara DIA dan KAMU...DIA dan KAMU tetap setia menunggu..DIA cukup baik..mentaati perinta KAMU..menghormati orang tua,bak kata pepatah segalanya ada pada DIA...tapi AKU hanya menilai DIA dari sudut fizikal saja kerna AKU masih belum berpeluang untuk bersua dan bercakap dengan DIA..
............................................................
Engkau dan Aku
Tidak mahu
Orang ketiga menghancurkan
Kerana cinta telah lama disatukan
.....................................................................
(lirik dari sebuah lagu)..bagi DIA cukup mendalam maksudnya..dimana DIA tak sanggup untuk memberi KAMU kepada AKU..mungkin kerana peristiwa dahulu membuat DIA susah untuk melepaskan KAMU kepada AKU..
................................................................................
Wanita manakah sanggup berkongsikan kasih
Walau madu bagiku tapi hempedu bagimu
Terkadang harus terima suratan darinya
Tidak salah kalau kasih dibahagi seadilnya
..........................................................................
(serangkap lagu) nie sudah mengambarkan perasaan DIA jika KAMU memiliki AKU..bagi KAMU ia mengikut sunnah nabi..dan KAMU sudah dapt memberi keadilan diantara DIA dan AKU..tapi sanggupkah DIA untuk mengizinkannya???sanggupkah DIA untuk hidup bersaudara dengan AKU..mahukah DIA mengejar dan duduk dibawah "Payung Emas" di syurga nanti?????relakah DIA memenuhi kehendak KAMU demi sebuah keluarga yang KAMU impikan???memang cukup pahit untuk DIA telan segalanya...sekiranya DIA merelakan kasihsayang KAMU untuk dikongsi dengan AKU...

AKU
..........................................................................
 Betapa ku cinta pada mu
Katakanlah kau cinta padaku
Sematkanlah ku di hati mu
Walau di mana berada
Ingat ku dalam doa mu

Gemerlapkan jiwa
Semikanlah cinta
Semoga kau dan aku
Akhirnya bersama
Akukan menunggu
Walaupun seribu tahun lagi
..................................................................
"...AKU hanyalah insan biasa yang tak mampu melawan takdir dariNYA untuk aku jatuh cinta pada KAMU...hadir KAMU telah merubah segalanya..perasaan sayang AKU pada KAMU cukup dalam walaupun AKU tahu KAMU sudah ada DIA...semakin hari semakin bertambah kasih sayang AKU pada KAMU..semakin kuat sehingga AKU tak sanggup untuk kehilangan KAMU..apa yang AKU tahu AKU amat menyayangi diri KAMU..AKU sanggup menanti KAMU sehingga KAMU menjadi milik AKU..begitu agongnya cinta AKU pada KAMU..
......................................................................
Demi cinta yang menyala
Kurela menggenggam bara api
Demi kasih yang mengharum
Sungguh aku rela
.............................................................
(serangkap lagu) ini memberi semangat untuk AKU memiliki KAMU..AKU sanggup berkorban dan berkongsi kasihsayang KAMU dengan DIA..KAMU dan AKU mula merancang untuk hidup bersama buat selamanya..tapi mampukah KAMU untuk menunaikan segala impian AKU selama ini agar menjadi kenyataan????mampukah DIA menerima AKU sebagai saudaranya???bagi AKU,AKU sudah bersedia untuk menghadapi semua ini demi cinta AKU pada KAMU..AKU rela menerima segalanya..asalkan AKU dapat hidup bersama KAMU...
.....................................................................................
puaskanlah hatimu agar dapat bertapak
hati kecilku ini diruang hatimu
seluruh jiwaku kan kuserahkan
hanya padamu sorang pujaan hati nan manja
dikau yang kuidamkan kerana ku menyanyangi
sepenuh jiwa ini

berikanlah harapan agar cita tercapai
dapat juga berlabuh pelabuhan kasih
seluruh jiwamu jadi milikku
hanya dirimu sorang beradu dalam impian
setiap ruang mimpiku kan kupertahankannya
walaupun amat payah

..............................................................................
izinkanlah AKU hadir dalam hidup KAMU..AKU berharap agar KAMU memberi peluang untuk AKU menumpang kasih dengan KAMU..memberi peluang untuk AKU mencurahkan rasa sayang dan rindu AKU pada KAMU..berikan lah AKU ruang untuk mengecapi kebahagian yang AKU impikan bersama KAMU...jangalah KAMU musnahkan segala impian yang penah kita impikan..harapan AKU untuk bersama KAMU terlalu tinggi..yang pasti hanya KAMU sorang saja yang bertaktah dihati AKU...
.....................................................................
Kasihku... usah dikau pergi
Kau tinggalkan diriku sendiri
Ke mana harusku cari ganti
Senyuman yang semanismu
....................................................................
AKU masih perlukan KAMU disaat ini..janganlah KAMU pergi meninggalkan AKU keseorangan kerna AKU tak sanggup untuk hadapinya..AKU tak sanggup untuk kehilangan KAMU..seluruh alam AKU akan gelap jika KAMU pergi dalam hidup AKU..begitu sukar hidup AKU...

KAMU
..........................................................
Dikamar ku menyepi
Hanya lilin menerangi
Beginikah seksanya
Hidup dalam penantian
Ditabir tirai malam
Ada insan kesepian, keseorangan...
................................................................
"....hidup KAMU penuh dengan dugaan dan cabaran..penantian KAMU terlalu menyiksakan..hari-hari yang KAMU lalui terlalu sunyi dan penuh kebosanan tanpa peneman yang boleh menghiburkan hati KAMU..tanpa hilau tawa..tanpa suara anak2 kecik..gembirakah KAMU dengan hidup KAMU selama ini???ya..sudah tentu KAMU tak gembira sehingga KAMU mencari AKU dengan harapan hidup KAMU akan gembira nanti..
......................................................
Seumur hidup aku
Ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk
Oleh dua wanita
Punyai ciri selama ini ku cari
Berbeza wajah ayunya tetap asli

Kalau ku pilih di sini
Apa kata di sana
Kalau ku pilih di sana
Di sini akan terluka
Perlukah aku pilih keduanya
Bahagi kasih adil-adilnya
....................................................................
"..lirik lagu inilah yang mengambarkan perasaan KAMU disaat ini..AKU tahu KAMU dalam delema..KAMU tak tahu macam mana nak mulakan segalanya...agar diantara DIA dan AKU tidak akan terluka...KAMU bukan sengaja untuk mendekati dan memilih AKU..bukan jugak untuk menyakiti hati DIA...tapi KAMU ada alasan yang kukuh untuk memilih AKU..dan DIA harus memahaminya..semua nie bukan untuk kepentingan KAMU tapi untuk KITA bersama...
................................................................
Puas aku mencuba menepis semua dugaan
Malah ada yang anggap aku lupa daratan
Peritnya aku lalui kemelut yang panjang
Hingga ke saat ini ku tidak ketentuan

Wanita manakah sanggup berkongsikan kasih
Walau madu bagiku tapi hempedu bagimu
Terkadang harus terima suratan drnya
Tidak salah kalau kasih dibahagi seadilnya

Telah, kufikir sedalamnya
Untuk membuat keputusan harus aku berterus terang
Jujur dalam perbuatan
Dan, jatuh airmataku
Mendengar pengakuan ikhlasmu
Sanggup bersaudarakan dia walau hakikatnmya
Hatimu terluka

Moga suatu hari sembuhlah luka
Dan kembali ceria walau hati aku ini
Milik engkau dan dia
...................................................................................
"...lagu nie memang kena dengan KAMU..beginilah keadaan KAMU dissat ini...alangkah baiknya jika DIA dapat mengerti perasaan KAMU disaat ini..pasti KAMU boleh hidup bahagian bersama DIA dan AKU..tapi mengapa sukar untuk DIA memahami perasaan KAMU???sudah bersediakah KAMU untuk memulakan segala perancangan yang telah AKU dan KAMU rancang..tercapaikah segala impian tu???ya..KAMU harus berani untuk meluahkan segalanya pada DIA..itupun jika KAMU benar2 memerlukan dan sayang pada AKU...
......................................................................
Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu
..........................................................................
".....jika DIA memberi peluang kepada KAMU untuk memiliki AKU pasti KAMU akan merasa bahagia dan tidak sabar untuk menanti saat itu datang pada KAMU..adakah KAMU mengharapkan untuk hidup bersama AKU nanti..???seperti mana AKU mengharapkan KAMU untuk hadir dalam hidup AKU dan membina satu keluarga yang bahagia bersama DIA..AKU..KAMU..




No comments:

Post a Comment