PERJALANAN HIDUP YANG MASIH PANJANG

"..meniti hari yang masih belum pasti...."
"..semua suka..duka..pahit..manis..kehidupan mesti dilalui dengan penuh ketabahan.."


frust..sakitnya rasa..

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,"sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas."
Aneh sekali derita sakit putus cinta ini... benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.
Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:
"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."
tak sanggup lagi untuk aku hadapi buat kesekian kali..cukuplah 2 pengalaman yang telah aku lalui..sudah cukup untuk aku matang dalam erti percintaan.. 
 

No comments:

Post a Comment